Iran Teruskan Aktivitas Nuklir

Oleh:

|

Kategori:

Teheran — Iran tidak berniat menghentikan program tenaga atom dan tidak mengurangkan aktivitas pengayaan nuklirnya yang telah menimbulkan konflik dengan kuasa Barat, kata jurubicara kementerian luar negri, Mohammad Ali Hosseini, hari ini (05/08/2007).

“Aktivitas nuklir Iran diteruskan seperti yang dirancang dan mengikut jadual yang ditetapkan,” kata Mohammad Ali.

Kemarin, diplomat Iran di Vienna menyatakan program tenaga nuklear yang menimbulkan kontroversi itu diperlahankan dan Teheran telah mengurangkan operasi 3,000 emparan nuklirnya menjelang akhir Juli lalu.

Iran telah memasang kira-kira 2,000 emparan pada musim bunga lalu dan mengisytiharkan telah mencapai “keupayaan industri.’’

Amerika Syarikat dan beberapa kuasa Barat menuduh Iran cuba berlindung di balik penghasilan tenaga itu untuk membangun senjata nuklir. (Reuters)